18 February 2021

04 REJAB 1442H 16 FEB 2021

๐Ÿ—“ SELASA ๐Ÿ’• 04 REJAB 1442H 16 Februari 2021 
 
~ Lebih kurang 55 lagi ke bulan Ramadhan๐ŸŒ™ 1442H

Bismillahirrahmanirrahim ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َ 
 
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
 
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู… 
 
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. 
 
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya 
 
┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#KitajagaKita..๐Ÿ˜˜ 
#PrayertoremoveCovid19... ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya, "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: "Kaum kerabat"

Imam Ghazali menjawab, "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati"

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,"

A-li'Imraan 3:185

Imam Ghazali bertanya, "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1: "Negeri Cina"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang-bintang"

Imam Ghazali menjawab, "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama"

Imam Ghazali bertanya, "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid 1: "Gunung"
Murid 2: "Matahari"
Murid 3: "Bumi"

Imam Ghazali menjawab, "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah hawa nafsu. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai."

Al-A'raaf 7:179

Imam Ghazali bertanya, "Apa yang paling berat di dunia?"

Murid 1: "Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3: "Gajah"
 
Imam Ghazali menjawab, "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah memegang amanah. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

Al-Ahzaab 33:72

@quotephotovideo ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ

No comments:

Post a Comment

kek coklat moist kukus

KEK COKLAT MOIST KUKUS & RESEPI 11 TOPPING COKLAT Bahan : 1 cwan serbuk koko 1 cwan gula pasir 1 cwan minyak masak 1 cwan su...