19 February 2021

06 REJAB 1442H /18 FEB 2021

 ๐Ÿ—“ KHAMIS ๐Ÿ’• 06 REJAB 1442H 18 Februari 2021 
 
~ Lebih kurang 53 lagi ke bulan Ramadhan๐ŸŒ™ 1442H

Bismillahirrahmanirrahim ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َ 
 
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
 
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู… 
 
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. 
 
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya 
 
┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#KitajagaKita..๐Ÿ˜˜ 
#PrayertoremoveCovid19... ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ

KRITERIA MENJADI AHLI SYURGA

Daripada Tsauban, bekas hamba Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, bahawasanya baginda bersabda:

"Barang siapa ketika rohnya berpisah dengan jasad dan ia bebas dari tiga perkara maka ia akan masuk syurga, iaitu; sombong, ghulul (khianat) dan hutang."

(HR Ibnu Majah No: 2403)
Status: Hadis Sahih

PENGAJARAN:

1. Allah mengurniakan syurga kepada Mukmin yang tidak memiliki sifat sombong dan bangga diri, ghulul (khianat diatas amanah yang diberi seperti mengambil harta yang bukan hak) dan berhutang.

2. Menjadi kewajipan setiap Mukmin untuk menjauhi sifat sombong dan bongkak kerana ia adalah sifat iblis yang akhirnya dikeluarkan dari syurga.

3. Muslim juga perlu menjaga amanah yang diberi dan jangan sesekali khianat. Ghulul merupakan perbuatan yang hanya berlaku dalam keadaan seseorang itu memegang jawatan strategik hingga membolehkan dia memperoleh harta dengan cara yang salah. Jagalah amanah kepada Allah dan Rasul, amanah terhadap tanggungjawab diri dan keluarga, amanah kepada tanggungjawab pekerjaan mahupun masyarakat dan Negara.

4. Berhutang juga menjadi penghalang seseorang untuk masuk syurga. Pastikan segala hutang kita segera dilunaskan sebelum nyawa dicabut.

Jauhilah sifat sombong, ghulul (khianat) dan berhutang kerana ia menjadi penghalang memasuki syurga. Moga sehingga di penghujung hayat, kita dijauhi dari sifat buruk ini.

SEMOGA BERMANFAAT ๐Ÿฅฐ

•══◎◎♡◎◎══•

 ุฑَุจِّ ุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠْ ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏَูŠَّ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُู…َุง ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูŠَุงู†ِูŠْ ุตَุบِูŠْุฑًุง 
 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 
 
๐ŸŽ‹ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ๐ŸŒปุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡๐ŸŒบู„ุง ุงู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ๐ŸŒผุงู„ู„ู‡ ุงูƒุจุฑ

@quotephotovideo ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
56K723

No comments:

Post a Comment

kek coklat moist kukus

KEK COKLAT MOIST KUKUS & RESEPI 11 TOPPING COKLAT Bahan : 1 cwan serbuk koko 1 cwan gula pasir 1 cwan minyak masak 1 cwan su...