Abu Hurairah radiallahu anhu berkata,
"Allah akan merahmati seorang lelaki yang bangun dimalam hari kemudian melakukan solat, setelah itu dia membangunkan isterinya, dan isterinya pun ikut solat, tetapi jika isterinya tidak mahu bangun, maka dia memercikkan air ke wajah isterinya sampai isterinya mahu bangun. Demikian pula Allah akan merahmati seorang wanita yang bangun di malam hari kemudian dia solat, kemudian dia membangunkan suaminya sampai suaminya ikut mengerjakan solat, tapi jika suaminya tidak mahu bangun, maka dia memercikkan wajah suaminya dengan air sampai dia bangun."
Hadis Riwayat An-Nasa'i
πΌπΌπΌ
Umar ibnu Al-Khattab radiallallahu anhu berkata beliau telah mendengar Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda,
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."
Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Hakim
@quotephotovideo πππ
No comments:
Post a Comment